Majlis Bandaraya Petaling Jaya kini dilihat menggunakan teknologi infra merah bersama sistem khas dalam memantau jumlah pengunjung di bazar Ramadan.
Buat masa ini, sistem ini digunakan di dua buah bazar Ramadan disebabkan popularitinya, iaitu di SS 6/1 Kelana Jaya, dan juga Seksyen 4 Kota Damansara.

Pengenalan ciri ini adalah dalam usaha memastikan pematuhan SOP kawalan Covid-19, dan pada masa yang sama memastikan bazar Ramadan berkenaan tidak melebihi kapasiti yang ditetapkan.
Sistem ini secara automatik akan mengira bilangan pengunjung yang masuk dan keluar secara masa-nyata dan memaparkan ia pada skrin khusus.
Orang ramai boleh melihatnya terlebih dahulu, dan menyemaknya sebelum memasuki bazar Ramadan berkenaan.