Banyak eksperimen sains, sebelum dilakukan ujian ke atas manusia – tikus akan dijadikan haiwan untuk diuji setiap eksperimen ini. November tahun lepas, memori tikus berjaya dipadam dengan cahaya menjadikan konsep Neuralyzer daripada Men In Black realiti. Terkini terdapat kajian yang sedang dilakukan, tingkah laku tikus boleh dikawal dengan cahaya infra merah jarak dekat.
Kajian terhadap sesuatu berkaitan dengan mengawal tingkah laku, memori atau senang cerita mana-mana berkaitan dengan otak ada banyak. Hasrat utama adalah untuk mencari jalan menyembuhkan mereka yang ada penyakit membabitkan otak dengan cara yang lebih efisien.

Saintis sudah pun temui banyak cara menguji sesuatu pada ‘litar’ otak untuk kawal neuron yang ada dengan keadaan yang tidak merbahaya. Teknik optogenetik amat terhad, kerana otak sukar menerima sumber cahaya. Biasanya pemasangan gajet tambahan atau kabel gentian optik perlu dimasukkan dalam otak untuk ujian dijalankan yang mana boleh mengakibatkan kerosakan pada otak.
Kajian baharu daripada Stanford University, mendapati penggunaan cahaya infra merah jarak dekat dengan gelombang 1000-1700 nm dikatakan boleh terus menembusi otak. Untuk melakukan ujian ini, saintis perlu mengubah sel untuk menghasilkan molekul TRPV1 iaitu protein yang membuatkan manusia boleh rasa sakit akibat haba atau rasa pedas. Molekul sama ini juga ada pada ular viper dan ular derik untuk memburu mangsa berdarah panas di suasana gelap.

Dengan menghasilkan partikel bersaiz nano untuk molekul tadi kesan haba daripada cahaya infra merah jarak dekat. Kemudian satu sisi korteks tikus yang mengawal gerak-alih diubah neuronnya dan partikel nano tadi yang turut digelar MINDS disuntik tikus tadi bergerak dalam bulatan konsisten mengikut pancaran cahaya infra merah tadi dan tidak lagi melakukan pergerakan biasa iaitu rawak.
Kaedah ini membolehkan saintis dan pengkaji mencari perspektif lain pada kajian otak yang sebelum ini terhad. Kajian ini membolehkan lagi konsep optogenetik diperluaskan. mereka yang terlibat dalam kajian ini turut mengharapkan teknologi ini boleh menjejak lebih banyak interaksi haiwan untuk memahami corak aktiviti otak. Mereka turut berusaha untuk cuba menggunakan gelombang radio untuk kajian yang lebih kurang sama.

Seorang pengkaji dalam eksperimen ini turut mengharapkan yang kaedah ini dapat membantu individu dengan masalah neurologi. Tetapi kaedah ini tidak boleh digunakan untuk mengawal gerak-alih manusia sepertimana ia boleh pada tikus.