Cari @ Amanz

Back to the Future adalah antara filem bertemakan rentas masa kegemaran saya. Ia klasik, menarik dan unik. Mesin merentas masa yang digunakan dalam filem ini adalah daripada kereta DeLorean DMC-12. Kereta ini bukannya hebat mana dan tidak laku mana, tetapi peminat filem akan gembira melihatnya. 5 tahun lepas, DeLorean DR-7 diacah iaitu konsep kereta terbang mereka, tetapi masih tiada khabar sehingga hari ini.

The DeLorean Motor Company baru-baru ini telah mengacah yang mereka akan hadir dengan kereta elektrik tersendiri. Mereka turut mengumumkan yang kereta elektrik ini akan didedahkan pada 18 Ogos 2022 akan datang. DeLorean juga akan bekerjasama dengan Italdesign untuk rekaan kereta elektrik mereka, iaitu pereka yang dimiliki oleh Volkswagen.

Syarikat ini juga baru sahaja menerima kebenaran untuk menghasilkan replika DMC-12 pada kuantiti rendah. Kereta ini mungkin akan dapat kita lihat sebelum kereta elektrik mereka ini dilancarkan. Persoalannya akan ada atau tidak elemen-elemen kereta DMC-12 Back to the Future seperti Flux Capacitor? Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd