Carian
JPJ Kini Memulakan Sistem Ujian Lesen Memandu Dalam Bentuk “E-Testing”
April 5, 2022 Fahim Zahar

Januari lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyatakan mereka akan mula melaksanakan sistem ujian lesen memandu dalam bentuk e-Testing pada bulan ini iaitu April 2022. Ujian ini dikatakan akan memudahkan para calon dan juga JPJ sendiri.

Hasrat utama ujian seperti ini adalah untuk meningkatkan lagi integriti JPJ. Kemudian dengan ujian e-Testing ini pegawai JPJ yang diperlukan hanyalah dua orang berbanding ujian sebelum ini yang memerlukan tujuh orang. Ujian ini juga akan meletakkan calon secara bersendirian sementara dua pegawai tadi berada dalam bilik kawalan.

JPJ kini telah pun melancarkan sistem ujian memandu serba baharu ini. Ujian ini juga akan menjamin prestasi penilaian yang lebih telus serta keputusan ujian akan diperoleh dengan lebih pantas. Keputusan sebelum ini mengambil masa sekitar 2 minggu untuk dikeluarkan.

Komen