Cari @ Amanz

Elon Musk baru-baru ini telah membeli sebanyak 9 peratus pegangan saham syarikat Twitter pada harga sekitar $2.9 bilion, menjadikannya pemegang saham terbesar syarikat tersebut.

Pagi ini, Elon Musk mengeluarkan sebuah ciapan dengan tinjauan pendapat, menanyakan orang ramai sekiranya mereka benar-benar mahukan ciri mengedit ciapan diperkenalkan pada aplikasi tersebut.

Ciri mengedit ciapan merupakan salah satu fungsi yang rata-rata dimahukan oleh sejumlah besar pengguna Twitter, dan walaupun mereka memperkenalkan pelbagai fungsi sepanjang tahun lepas dan tahun ini seperti penawaran gambar profil NFT dan juga langganan Twitter Blue, ia seperti Twitter sengaja mengendahkan perminataan tersebut.

Sebagai pemegang saham terbesar platform media sosial tersebut, ciri tersebut mungkin akan dibangunkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd