UK Akan Melakukan Eksperimen Kerja Empat Hari Seminggu Terbesar Dunia

Diterbitkan pada Apr 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pernah suatu ketika dahulu pekerja perlu bekerja tujuh hari seminggu sebelum cuti diberikan pada hari Ahad untuk pergi ke gereja. Kemudiannya cuti Sabtu separuh hari sebelum kini kita bekerja lima hari seminggu. Tetapi evolusi seterusnya waktu pekerjaan ialah bekerja empat hari seminggu sahaja dengan beberapa eksperimen menunjukkan peningkatan produktiviti dan pekerja lebih gembira.

Tetapi data yang dikumpul masih belum mampu menggerakkan hati majikan untuk menjadikannya norma baharu pekerjaan. Di United Kingdom, eksperimen bekerja empat hari seminggu akan dilakukan dari bulan Jun hingga Disember 2022. Sebanyak 3000 pekerja dari 60 syarikat di seluruh UK akan mengambil bahagian menjadikannya yang terbesar setakat ini. Kajian data akan dilakukan oleh universiti Oxford, Cambridge, dan Boston College.

Impak ke atas produktiviti, alam sekitar dan kesaksamaan jantina akan dikaji sepanjang tempoh eksperimen. Sepanjang tempoh eksperimen pekerja akan mendapat 100% gaji dengan hanya 80% waktu bekerja tetapi perlu mengekalkan 100% produktiviti. Sekiranya eksperimen berjaya, mungkin bekerja empat hari seminggu akan menjadi norma baharu yang lebih seimbang.

komen


© Amanz / 2022 Kami