Setiap tahun emoji baharu akan diluluskan oleh Unicode Consortium berdasarkan pencalonan dari pelbagai pihak. Tahun ini tempoh pencalonan emoji baharu akan dibuka dari 4 April hingga 31 Julai 2022 untuk diperkenalkan menerusi kemas kini Emoji 16.0. Tetapi tahun ini Unicode melakukan kelainan dengan tidak lagi menerima sebarang pencalonan untuk bendera.

Menurut Unicode ini dilakukan kerana mereka mendapati penggunaan emoji bendera adalah lebih rendah berbanding emoji yang lain. Hanya emoji LGBT, Rusia dan Ukraine kini digunakan dengan kerap bagi menyokong pergerakan tertentu. Memandangkan jumlah emoji yang semakin meningkat, Unicode perlu memberikan keutamaan kepada emoji baharu dan bukannya yang berbentuk bendera.
Di masa hadapan Unicode menggalakkan penggunaan kombinasi emoji jantung pelbagai warna sedia ada sebagai ganti emoji bendera yang tidak wujud. Dengan ini emoji baharu yang akan digunakan lebih kerap boleh diperkenalkan dengan tiada emoji bendera mengambil tempatnya.