Carian
Festival NFT “M1NTED” Bakal Diadakan Di Kuala Lumpur Pada Jun 2022 Ini
April 5, 2022 Aman

Dengan perkembangan NFT yang mencuri perhatian ramai, kini sebuah acara festival khas bersempena dengannya bakal dianjurkan di Malaysia.

Dinamakan sebagai M1NTED, ia bakal dianjurkan di Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPac) pada 4 dan 5 Jun 2022 ini.

Acara ini akan dibuka kepada semua, dan meliputi pelbagai jenis NFT – daripada gambar, video, muzik dan sebagainya. Ia juga akan dibuka kepada umum dengan pelbagai acara perkongsian dan panel perbincangan. Dengan acara ini juga, penganjurnya menyasarkan supaya lebih ramai mengenali akan arena NFT yang kian berkembang ini.

Bagi anda yang berminat, boleh merujuk laman rasmi M1NTED hari ini, dan menyertai festival NFT yang dianjurkan julung kalinya ini.

Komen