Cari @ Amanz

WHO : 99% Populasi Dunia Hidup Dengan Udara Tercemar

Oleh Aman

Link Copied!

WHO kini mengemaskini pangkalan data mereka, dan mengatakan kini 99% daripada populasi di dunia bernafas menggunakan udara tercemar.

WHO sebelum ini telah melakukan perubahan pada indeks kualiti udara, dan kini didapati hampir keseluruhan manusia di dunia bernafas dengan tahap kualiti udara yang tidak mencapai piawaian.

Udara tercemar sering mempunyai bahan yang tidak nampak pada mata kasar, dan ia boleh menyerap ke hati dan organ lain, sekaligus membawa kepada sejumlah penyakit. Antara risiko penyakit disebabkan pencemaran udara adalah termasuk penyakit jantung, kanser, pneumonia, dan sebagainya.

Sebelum ini, kebiasaannya ia dinilai berdasarkan kepada bahan PM2.5 dan juga PM10, tetapi kini ia turut menyertakan bahan nitrogen dioksida.

Pihak WHO juga mengalakkan penggunaan tenaga lestari yang lebih bersih, sekaligus menjadikan udara kita lebih bersih lagi.


Komen ()