Cari @ Amanz

Pastikan Pelitup Muka Bukan Perubatan Anda Mempunyai Perakuan SIRIM Bermula 4 Julai

Oleh Aman

Link Copied!

KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) hari ini menyatakan yang mana berkuat-kuasa 4 Julai 2022 ini, semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu mempunyai perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International.

Dengan langkah ini, ia akan memastikan pelitup muka yang dihasilkan mematuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan – tidak kira yang dihasilkan dalam negara atau yang diimport.

Ini juga akan memudahkan pengguna melakukan pilihan pelitup muka, dan memastikan mereka mendapatkan produk yang berkualiti dalam melindungi diri.

Kerajaan turut menekankan yang mana kegagalan mematuhi perintah ini boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM200,000, manakala untuk kesalahan kali kedua dan seterusnya, dendatidak melebihi sebanyak RM500,000.

Bagi individu pula, denda akan dikenakan tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Komen ()