Cari @ Amanz

Apple Menjadualkan Pengenalan iOS Dan macOS Versi Baharu Pada 7 Jun 2022

Oleh Aman

Link Copied!

Apple hari ini mengumumkan acara tahunan WWDC 2022 yang akan dianjurkan pada 7 Jun 2022 ini. Melalui acara tahunan yang akan diadakan secara atas-talian sepenuhnya ini, Apple bakal memperlihatkan inovasi terbaru pada sistem operasi iOS, iPadOS, macOS, watchOS dan juga tvOS.

Tim Cook

Acara WWDC daripada Apple ini selalu menyasarkan para pembangun, sekaligus membolehkan mereka bersedia untuk pengenalan sistem operasi baharu dengan pengoptimasian untuk aplikasi masing-masing.

Dengan pengumuman ini, kita boleh nantikan pengenalan iOS 16, iPadOS 16 dan juga macOS 13, disamping watchOS 9 pada acara berkenaan.


Komen ()