Sebuah kerentanan baharu kini dimaklumkan melibatkan telefon Samsung, yang boleh memberikan akses kepada aplikasi pihak ketiga untuk mengambil kawalan beberapa perkara.
Kerentanan ini ditemui pada telefon Samsung yang menjalankan sistem operasi Android 9, 10, 11, dan 12 – dimana ia melibatkan aplikasi Phone yang hadir terbina.
Melaluinya, ia dilihat memberikan kebenaran yang boleh disalah-guna oleh pengodam atau penyerang untuk mengawal beberapa perkara seperti memasang atau membuang aplikasi, membuat panggilan telefon, serta menetapkan semula telefon.
Apa pun, ia agak baik kerana masalah ini ditemui pada peranti keluaran Samsung, kerana Samsung agak aktif dalam pengenalan kemaskini.
Masalah kerentanan ini telah dimaklumkan kepada Samsung pada November 2021 lepas, dan Samsung dilihat telah menawarkan kemaskini mengatasi masalah ini melalui kemaskini bulan Februari 2022 lepas.