Vivo telah menjadualkan sebuah acara pelancaran untuk sejumlah produk baharu pada 11 April ini. Salah satu daripadanya adalah Vivo X Fold yang merupakan peranti dengan skrin boleh-lipat pertama keluarannya. Ia juga menggunakan pendekatan seumpama sebuah Samsung Galaxy Fold dengan paparan yang boleh dilipat kedalam bersama skrin sekunder di bahagian luar.

Menjelang pelancaran rasmi, lebih banyak butiran utama mengenai peranti kini tertiris, sekaligus mengesahkan penawaran yang bakal dibawa olehnya kelak. Vivo X Fold akan menawarkan skrin utama sebesar 8-inci beresolusi 2K, kemudian skrin sekunder pula 6.53-inci yang menyokong resolusi FHD+. Kedua-dua skrin turut menyokong kadar segar semula tinggi mencapai 120Hz.
Melengkapinya adalah cip Snapdragon 8 Gen1 dengan padanan memori mencapai 12GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 512GB (UFS3.1). Persediaan kamera utama pula terdiri dengan 50MP Samsung Isocell GN5 (utama) + 48MP (ultra-lebar) + 12MP (potret) + 5MP (periskop). Jelas kelihatan, Vivo sekali lagi bekerjasama dengan Zeiss untuk kebolehan kamera pada peranti ini.

Kapasiti bateri adalah 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dan pengecasan nirwayar 50W. Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah menjalankan sistem Android 12 dengan antaramuka yang tersesuai oleh Vivo sendiri. Kemudian, ia turut hadir dalam tiga kemasan warna menarik.
Seperti biasa, penawaran lanjut bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak. Nantikan.