DJI Mic Kini Rasmi – Mikrofon Mudah Alih Profesional Pertama DJI Yang Berharga RM1,599

Diterbitkan pada Apr 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DJI adalah jenama yang amat terkenal dengan dron mereka. Mereka bukan sahaja hebat dalam dron, tetapi turut juga ada kepakaran dalam dunia videografi dan fotografi. Oleh yang demikian mereka juga ada produk tersendiri yang spesifik untuk tujuan rakaman bertaraf profesional.

Selepas melancarkan DJI Mic di China sebelum ini, baru-baru ini DJI telah melancarkan mikrofon mudah alih tersendiri mereka ini untuk pasaran global.

Apa yang menarik dengan mikrofon ini adalah, ia ditawarkan dalam pakej seakan satu set TWS kerana mikrofon ini disimpan dalam bekas pengecasan. Terdapat dua mikrofon diberikan dan satu penerima, menyokong mikrofon dwi-saluran, jaran transmisi 250m, storan dalaman boleh menyimpan 14 jam audio dan bateri boleh bertahan sehingga 15 jam. Lebih menarik, DJI Mic ini boleh digunakan pada banyak kamera dan tidak terhad kepada DJI sahaja.

DJI turut menawarkan kualiti audio tinggi yang sesuai untuk pengguna profesional dan turut boleh menapis hingar. Penerima pada DJI Mic ini juga mempunyai sokongan skrin sesentuh dan ada memori untuk menyimpan tetapan yang telah dilakukan. Setiap mikrofon juga mudah digunakan dan dipasang seperti melalui klip terbina atau sangkut menggunakan butang baju,

USB-C, Lightning, dan 3.5mm TRS adalah antara sambungan yang ada pada DJI Mic. Seperti TWS, mikrofon ini turut menyokong tambatan pantas untuk mudah terus digunakan. Mereka yang berminat boleh dapatkan mikrofon ini pada harga RM1,599 di Malaysia melalui pra-tempahan.

komen


© Amanz / 2022 Kami