Microsoft Mengemaskini File Explorer Pada Windows 11 Dengan Carian Berkonteks, Ciri Tetingkap Bertab

Diterbitkan pada Apr 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Windows 11 dilihat hadir dengan pelbagai kemaskini besar sejak pelancarannya, dan walaupun ia dapat dilihat bahawa File Explorer pada Windows 11 sangat berbeza berbanding dengan iterasi-iterasi sebelum ini, Microsoft dilihat akan menambahkan beberapa ciri baru pada perisian tersebut.

crosofMic

Pertama ialah fungsi carian berkonteks contextual suggestions yang dikuasakan oleh Context IQ, sebuah ciri integrasi dan kolaborasi yang digunakan pada perkhidmatan awan Microsoft 365. Dengan carian berkonteks ini, File Explorer boleh digunakan untuk mencari fail dan maklumat bukan sahaja daripada komputer, tetapi juga digabungkan dengan fail-fail pada platform awan Microsoft, termasuklah fail-fail kolaborasi yang boleh diakses oleh pengguna tersebut.

Microsoft juga memperlihatkan kemaskini terbesar pada File Explorer yang diminta oleh orang ramai untuk bertahun-tahun, iaitu ciri tetingkap bertab, dimana pengguna boleh membuka seberapa banyak tab File Explorer yang diperlukan, tetapi ia hanya hadir dalam satu tetingkap sahaja.

Buat masa ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan mula mengeluarkan kemaskini ini lagi, tetapi mereka berkata ia akan tiba tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami