Cari @ Amanz

Microsoft Defender SmartScreen Dan Smart App Control Akan Ditambah Sebagai Ciri Keselamatan Tambahan Untuk Windows 11

Oleh Nazrin

Link Copied!

Serangan godaman menggunakan teknik phishing dilihat sangat serius untuk syarikat-syarikat perniagaan, tetapi pengguna biasa juga kadang-kala boleh tertipu dengan serangan ini, dan seringkali data mereka dikunci penggodam ataupun digunakan sebagai platform serangan godaman lain, dan ini secara langsung menyebabkan tekanan kepada semua yang terlibat.

Terkini, Microsoft telah memperkenalkan dua fungsi keselamatan baru yang akan membantu dalam memastikan komputer dengan sistem operasi Windows 11 anda dijamin selamat. Fungsi pertama ialah Microsoft Defender SmartScreen, iaitu sebuah fungsi yang akan mengenalpasti apabila anda memasukkan butiran Microsoft anda kedalam sebuah laman web ataupun aplikasi yang dikenalpasti sebagai sebuah platform phishing dan memberikan amaran tentang apa yang anda sedang lakukan.

Kedua ialah Smart App Control, iaitu sebuah fungsi yang akan menghalang pengguna daripada memasang perisian yang tidak selamat pada komputer anda. Smart App Control menggunakan kecerdasan buatan yang dikemaskini sepanjang masa dan juga model ramalan yang cukup pintar untuk melihat sekiranya perisian ini akan menjadi isu keselamatan ataupun tidak.

Kemaskini sekuriti Microsoft ini dilihat akan membantu pengguna daripada memasukkan butiran peribadi mereka pada platform-platform hasad dan juga memasang perisian hasad secara tidak sengaja secara automatik dan mengurangkan kerisauan data mereka akan tertiris atau digodam


Komen ()