Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Z Fold3 ialah telefon pintar boleh-lipat paling premium tahun lalu dengan penambahbaikan skrin menyokong S Pen dan akhirnya kalis air IP68. Tahun ini apakah agaknya yang akan dibawakan oleh Samsung untuk menjadikan Galaxy Z Fold4 peranti yang lebih hebat?

Menurut GalaxyClub, penambahbaikan pertama ialah meminjam sistem kamera dari siri Galaxy S22. Z Fold4 diramalkan akan hadir dengan satu lensa zoom yang menawarkan zum optikal sehingga 3X. Tahun lalu Z Fold3 hanya menyokong zum optikal sehingga 2X. Kemampuan zum lebih tinggi masih lagi eksklusif pada siri S22 Ultra.

Penambahbaikan yang lebih drastik ialah penggunaan satu engsel sahaja untuk mengecilkan bahagian tulang belakang peranti. Pada model terdahulu dua engsel digunakan pada mekanisme lipatan. Dengan rekaan bukan sahaja peranti akan menjadi lebih nipis dalam mod lipat tetapi juga lebih ringan serta menjadi lebih tahan lasak. Sejauh manakah ini akan menjadi realiti akan terjawab apabila Z Fold4 dilancarkan sekitar bulan Ogos ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd