Tahun 2020 bermulanya penularan wabak COVID-19 yang memaksa rata-rata sejumlah besar syarikat secara global untuk memulakan pergerakan bekerja dari rumah, dan teknologi telesidang dibangunkan untuk memudahkan kolaborasi diantara pekerja walau dimana mereka berada.
Walaupun Microsoft hadir dengan platform kolaborasi dan telesidang Microsoft Teams mereka sendiri, kemaskini terbaru yang diperkenalkan oleh mereka dilihat boleh dimanfaatkan oleh platform-platform telesidang yang lain, kerana ia berkait dengan integrasi kepada sistem operasi Windows 11 sendiri.

Ciri-ciri yang diperkenalkan termasuklah automatic focusing, ciri seakan Spotlight pada iPadOS yang mana kamera anda akan memfokuskan kepada anda walaupun anda bergerak sedikit dan background blur yang akan mengaburi latar belakang anda dan memfokuskan kamera kepada anda dalam sesi telesidang.
Dari segi audio, fungsi voice focus dan voice clarity akan membantu pengguna untuk mengurangkan isu bunyi hingar dan juga membolehkan orang lain untuk mendengar suara anda dengan lebih jelas. Ciri-ciri ini dilihat akan dimuatkan terus dalam sistem operasi Windows 11 dan diantaranya, seperti automatic focusing akan bergantung kepada kemampuan komputer anda untuk memanfaatkannya.
Microsoft tidak memberi sebarang butiran mengenai bilakah mereka akan melancarkan fungsi-fungsi ini, tetapi sama seperti ciri-ciri baru lain yang mereka umumkan, kami jangkakan bahawa ia akan diperkenalkan tidak lama lagi.