Samsung Pertimbang Menggunakan Cip MediaTek Pada Siri Galaxy S22 FE Dan Galaxy S23

Diterbitkan pada Apr 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung sehingga kini sering menggunakan cip Exynos atau Qualcomm Snapdragon pada peranti-peranti mercu mereka. Namun, dengan cip MediaTek yang memperlihatkan prestasi baik dari hari ke hari, kini dilaporkan Samsung mempertimbangkan penggunaan cip MediaTek pada peranti mercu mereka.

Ia dikatakan Samsung kini pertimbang menggunakan cip MediaTek pada siri Galaxy S22 Fan Edition (FE), dan berkemungkinan siri Galaxy S23 kelak.

Sekiranya dipilih, maka peranti berasaskan MediaTek akan menjana sebahagian daripada peranti yang dijual di Asia, dan sebahagian lagi mungkin menggunakan cip Qualcomm atau Exynos.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan mendapatkan peranti mercu Samsung sekiranya ia dijana cip MediaTek?

komen


© Amanz / 2022 Kami