iQOO Neo6 akan dilancarkan pada 13 April akan datang. Peranti ini dikatakan tidak akan ada perubahan besar pada rekaan, seperti di hadapan akan kekal sama tetapi rekaan belakang akan berubah sedikit. Peranti ini juga akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan akan menyokong pengecasan pantas 80W.
Baru-baru ini peniris Digital Chat Station mendedahkan imej pengolokan perant ini. Panel belakang dilihat ringkas sahaja dengan logo iQOO di bawah yang kemas dan tidak serabut. Bonggol kamera walau bagaimanapun agak besar dan bersaiz segi empat. iQOO dilihat menggunakan konfigurasi tri-kamera dengan tiga sensor dalam susunan matriks. Butiran kamera masih belum diketahui lagi, tetapi pada imej ini ia mendedahkan akan menyokong OIS, kamera AI dan bukaan lensa f/1.89 dan f/2.4.

Pilihan kemasan panel belakang yang akan ditawarkan berdasarkan imej ini adalah jingga kulit PU dan hitam daripada kaca AG yang sama pada Vivo V23 sebelum ini. Saiz skrin dikhabarkan adalah 6.62-inci, bateri pula adalah 4580mAH dan akan menggunakan memori 12GB RAM.
Jualan berkemungkinan besar akan terhad di China dan kemudian India. Tidak pasti bila iQOO akan dibawa ke Malaysia secara rasmi.