Cari @ Amanz

Oppo Reno7 adalah siri terbaru Reno yang baru sahaja dilancarkan. Peranti ini dilihat agak hebat dan berkemampuan tinggi. Di Malaysia terdapat tiga model dalam siri ini yang ditawarkan iaitu Reno7, Reno7 Pro dan yang terkini Reno7 Z. Peranti ini adalah peranti kelas pertengahan premium yang memfokuskan kepada kamera, rekaan dan penggunaan gaya hidup.

Oppo di China dilihat sudah mula membangunkan penggantinya iaitu Reno8. Digital Chat Station mendedahkan rekaan Oppo Reno8 yang dilihat amat mirip dengan OnePlus 10 Pro.

Rekaan panel belakang dilihat menggunakan bonggol kamera sama dengan OnePlus 10 Pro, yang mana terdapat bahan binaan lain dengan tekstur berbeza terus bersambung pada sisi. Konfigurasi kamera jelas kelihatan adalah tri-kamera dan menurut sumber sensor utama adalah 50MP IMX766. Skrin hadapan masih kekal rekaan Oppo Reno sedia ada dan dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 6.55-inci FHD+. Cip pemprosesan juga masih belum didedahkan. Mungkinkah akan menggunakan cip Snapdragon 7?

Bila ia akan dilancarkan masih tidak pasti dan apakah ciri unik di sebalik peranti ini juga belum diketahui lagi. Paling penting, kenapa tidak ambil inspirasi rekaan Oppo Find X5/X5 Pro yang lebih cantik berbanding OnePlus 10 Pro ini?

Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd