Polis Jerman Berjaya Menumpaskan Hydra Market – Pasaran Web Gelap Terbesar Di Dunia

Diterbitkan pada Apr 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Polis persekutuan Jerman, Bundeskriminalamt baru-baru ini telah berjaya menumpaskan Hydra Market, iaitu pasaran web gelap terbesar di dunia, dimana ia dikatakan bertanggungjawab untuk 80 peratus daripada pertukaran kriptowang di arena web gelap baru-baru ini, dan telah mentransaksi nilai kriptowang sekitar $5.2 bilion sejak 2015.

Hydra Market dilaporkan mempunyai 17 juta akaun pengguna dan mempunyai 19 ribu penjual di platform tersebut sebelum ia ditutup, dan secara lazimnya digunakan oleh individu-individu di negara-negara yang menggunakan bahasa Rusia yang mahu membeli barang-barang seludup seperti dadah, data yang dicuri, perkhidmatan godaman dan sebagainya.

Selain daripada mesin pelayan, polis Jerman juga dilaporkan telah merampas dompet digital yang bernilai $25 juta dalam kriptowang Bitcoin. Garantex, sebuah platform pertukaran kriptowang Rusia juga telah dimasukkan dalam senarai individu-individu Rusia yang perlu dipantau, khususnya juga kerana mereka terlibat dalam pengubahan wang dan kriptowang haram sebelum ini yang membuatkannya sukar untuk mengesan transaksi kriptowang oleh individu-individu tertentu.

Badan-badan berkuasa dilihat semakin serius dalam menumpaskan platform-platform jual-beli web gelap ini kebelakangan ini, dengan tumpasnya platform-platform lain seperti Silk Road dan Dark Market sebelum ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami