Aura Ramadan kini kembali, di mana tahun ini pastinya lebih bermakna buat semua berbanding dua tahun sebelumnya selepas kerajaan mengumumkan fasa peralihan ke endemik. Baazar Ramadan yang dahulunya tidak dibenarkan, kini boleh beroperasi seperti biasa. Ramai juga yang mengambil peluang pulang ke kampung halaman bagi menyambutnya bersama keluarga dan sanak-saudara tercinta. Bukan itu sahaja, malahan orang ramai juga kini boleh merapatkan saf bagi menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Kesemua ini sememangnya memberi aura yang cukup berbeza.
Nama Negeri | Kadar Bayaran Zakat (RM) |
Johor | RM7.00 / RM10.00 |
Kedah | RM7.00 / RM14.00 / RM21.00 |
Melaka | RM7.00 / RM14.00 / RM21.00 |
Kelantan | RM7.00 / RM14.00 / RM21.00 |
Pahang | RM7.00 |
Negeri Sembilan | RM7.00 / RM10.00 / RM21.00 |
Pulau Pinang | RM7.00 / RM13.00 / RM20.00 |
Perlis | RM7.00 |
Perak | RM7.00 / RM14.00 / RM21.00 |
Sabah | RM7.00 |
Sarawak | RM7.00 |
Selangor | RM7.00 / RM14.00 / RM21.00 |
Terengganu | RM7.00 |
Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan | RM7.00 / RM14.00 / RM21.00 |
Namun begitu, kewajipan yang perlu dilaksanakan di bulan Ramadan ini adalah mengeluarkan Zakat Fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungan. Dari segi syarak, Zakat bermaksud mengeluarkan harta dengan nilai kadar tertentu mengikut syarat-syarat bagi diagihkan kepada golongan tertentu. Selaras dengan peredaran zaman yang serba maju, kaedah transaksi pembayaran tanpa tunai kini dipilih sebagai langkah mudah bagi melaksanakannya. Berikut kami senarai platform pembayaran zakat secara atas talian yang tersedia :
Aplikasi Boost
Boost merupakan salah satu aplikasi e-dompet tempatan yang menawarkan pembayaran Zakat Fitrah secara nirtunai. Melaluinya, Boost telah bekerjasama dengan lima badan pungutan zakat di Malaysia bagi memudahkan proses pembayaran zakat nirtunai secara dalam talian. Ini termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Pahang, Kedah dan Negeri Sembilan. Tidak kira sama ada anda pengguna Basic atau Premium, kini anda boleh membayar zakat dengan mudah tanpa perlu ke pusat pungutan secara fizikal. Namun begitu, pastikan aplikasi Boost mempunyai baki yang mencukupi bagi membolehkan proses pembayaran berjalan dengan lancar. Berikut adalah cara pembayaran :
- Langkah 1: Buka aplikasi Boost
- Langkah 2: Klik pada “Kongsi Keberkatan, Berzakat Dengan Mudah”
- Langkah 3: Klik tanda “+” pada bahagian kanan untuk pemilihan pusat zakat
- Langkah 4: Masukkan nombor kad pengenalan, diikuti dengan nama penuh dan nombor telefon
- Langkah 5: Pilih harga beras, kemudian masukkan bilangan kapasiti untuk pembayaran
- Langkah 6: Klik “Bayar Zakat”, teruskan pembayaran dengan memasukkan nombor PIN atau biometri 6 digit.
- Muat-turut : Boost Di Google PlayStore
- Muat-turut : Boost Di Apple AppStore
Aplikasi GoPayz
Seterusnya adalah aplikasi GoPayz yang dibangunkan oleh U Mobile. Ia juga mudah diakses dan lengkap dengan pelbagai perkhidmatan kewangan digital. Ini termasuklah pembayaran zakat fitrah dan negeri yang menyokong termasuklah Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang. Dengan ini, pembayaran boleh dibuat dengan mudah, pantas dan di mana-mana sahaja menerusi satu aplikasi. Berikut adalah cara pembayaran :
- Langkah 1: Buka aplikasi GoPayz
- Langkah 2: Klik pada “Islamik Services”, kemudian diikuti dengan pemilihan pusat zakat
- Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan seperti tahun, jenis beras dan kapasiti bayaran
- Langkah 4: Lengkapkan alamat penuh, nombor telefon & emel
- Langkah 5: Lafaz niat bayar zakat seperti yang tertera & teruskan bayaran
- Muat-turut : GoPayz Di Google PlayStore
- Muat-turut : GoPayz Di Apple AppStore
Aplikasi / Portal MYEG
Selain daripada semak saman polis atau sewaktu dengannya, laman MyEG turut menawarkan fungsi pembayaran Zakat secara atas talian. Bagaimanapun, ia memerlukan anda untuk mempunyai akaun berdaftar untuk proses pembayaran. Untuk makluman juga, pembayaran turut boleh dibuat menerusi aplikasi tersendiri tetapi ia terhad untuk pengguna Android sahaja setakat ini Antara negeri yang disokong termasuklah Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang. Berikut adalah cara pembayaran:
Pembayaran melalui portal rasmi
- Langkah 1: Bukan laman sesawang rasmi MyEG & log masuk
- Langkah 2: Klik pada butang ‘Zakat’, kemudian diikuti dengan pemilihan organisasi
- Langkah 3: Klik butang ‘Zakat Payment’, seterusnya lengkapkan maklumat seperti jenis zakat, tahun, kadar bayaran
- Langkah 4: Kemudian, teruskan & ikuti langkah yang selanjutnya sehingga selesai
Pembayaran melalui aplikasi
- Langkah 1: Buka aplikasi MyEG
- Langkah 2: Klik butang Zakat Fitrah, kemudian diikuti dengan pemilihan organisasi
- Langkah 3: Lengkapkan butiran yang diperlukan seperti tahun, jenis beras, kadar bayaran & maklumat peribadi
- Langkah 4: Teruskan pembayaran sehingga selesai
- Muat-turut : MyEG Di Google PlayStore
Aplikasi SnapNPay
Aplikasi seterusnya adalah SnapNPay. Tidak dinafikan, ramai yang menggunakannya kerana ia tidaklah terlalu rumit dan mudah difahami. Melaluinya, sebarang transaksi boleh dibuat menerusi beberapa langkah mudah. Ini termasuklah mengimbas kod QR atau melengkapkan maklumat peribadi secara manual. Mana-mana pembayaran zakat yang dibuat untuk pihak ketiga perlu disertakan dengan maklumat pihak berkenaan. Senarai negeri yang disokong termasuklah Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Terengganu, Perak, Penang dan Perlis. Berikut adalah cara pembayaran:
- Langkah 1: Buka aplikasi SnapNPay
- Langkah 2: Klik “Home”, kemudian diikuti dengan Zakat Fitrah 1443
- Langkah 3: Pilih pusat zakat & lengkapkan maklumat seperti emel, kad pengenalan, nama penuh, alamat, negeri, tanggungan & nilai fitrah
- Langkah 4: Klik bayar, kemudian teruskan dengan lafaz niat bayar zakat (tersedia dalam tiga lafaz)
- Muat-turut : SnapNPay Di Google PlayStore
- Muat-turut : SnapNPay Di Apple AppStore
Aplikasi Shopee
Selain terkenal sebagai salah sebuah platform e-dagang yang kerap dikunjungi pengguna, Shopee turut sama menyediakan ruang untuk pembayaran zakat secara nirtunai. Melaluinya, Shopee bekerjasama dengan beberapa institusi zakat tempatan dalam menjayakan penawaran ini. Terdapat empat negeri yang disokong oleh aplikasi seperti Kuala Lumpur, Perak, Sabah dan Pulau Pinang. Carian dan akses juga adalah mudah dengan hanya beberapa klik dalam satu aplikasi yang pelbagai. Berikut adalah cara pembayaran:
- Langkah 1: Buka aplikasi Shopee
- Langkah 2: Klik pada pautan “Prepaid, Bills & Tickets”, kemudian klik “Zakat Fitrah”
- Langkah 3: Pilih institusi zakat & lengkapkan maklumat seperti kadar fitrah, tahun zakat dan kapasiti
- Langkah 4: Klik “Continue” & lengkapkan maklumat lanjut seperti kad pengenalan, nama penuh, emel, nombor telefon dan alamat kediaman
- Langkah 5: Teruskan bayaran & pengesahan pembayaran diberikan dalam aplikasi
- Muat-turut : Shopee Di Google PlayStore
- Muat-turut : Shopee Di Apple AppStore
Aplikasi Tulus
Sebagai pilihan lain, aplikasi Tulus turut menyediakan saluran pembayaran Zakat Fitrah. Proses pembayaran tidak hanya terhad pada aplikasi, malahan ia turut boleh dilakukan menerusi laman sesawang rasminya. Dengan ini, urusan transaksi boleh dilakukan dengan pantas dan mudah. Terdapat 11 negeri yang disokong merangkumi Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan Perak dan Perlis. Berikut adalah cara pembayaran:
- Langkah 1 : Buka aplikasi TULUS
- Langkah 2: Klik pada “Zakat”, kemudian diikuti dengan pemilihan organisasi Zakat
- Langkah 3: Tetapkan pilihan jenis Zakat, seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan seperti kad pengenalan, nama penuh, alamat kediaman, jumlah tanggungan dan nilai fitrah
- Langkah 4 : Klik “bayar” & ikuti langkah yang seterusnya
- Muat-turut : Tulus Di Google PlayStore
- Muat-turut : Tulus Di Apple AppStore
Aplikasi MAE
MAE atau juga dikenali sebagai Maybank Anytime, Everyone merupakan dompet digital di bawah kelolaan Maybank. Tidak seperti akaun bank biasa, ia mampu mengasingkan penggunaan wang dengan baik sekaligus, mengelakkan masalah belanja berlebihan. Bagaimanapun, aplikasi ini turut menyediakan saluran pembayaran Zakat Fitrah. Negeri-negeri yang disokong adalah Perlis, Kedah, Selangor, Terengganu, Perak, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Penggunaanya juga adalah mudah dengan beberapa langkah ringkas. Berikut adalah cara pembayaran:
- Langkah 1: Tekan butang ‘Pay Bills’ di halaman utama aplikasi MAE
- Langkah 2: Tekan butang ‘Zakat’
- Langkah 3: Pilih organisasi serta jenis zakat
- Langkah 4: Pilih jenis beras dan jumlah tanggungan
- Langkah 5: Masukkan nombor telefon & semak butiran transaksi, kemudian diikuti dengan tekan butang ‘Pay Now’ untuk pembayaran
- Muat-turut : MAE Di Google PlayStore
- Muat-turut : MAE Di Apple AppStore
Portal PayHalal
Tidak seperti sejumlah pilihan di atas, PayHalal merupakan saluran yang menawarkan sistem pembayaran menerusi laman sesawang. Bagaimanapun, ia boleh dikatakan lebih memudahkan pengguna berbanding yang lain. Hal ini kerana, tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan. Sebaliknya, proses pembayaran boleh diteruskan seperti biasa selepas beberapa butiran penting telah dilengkapkan dengan tepat. ni bagi memastikan proses menjadi lebih mudah dan tiada masalah yang berlaku di lain hari. Senarai negeri yang disokong juga agak terhad iaitu Kuala Lumpur dan Kelantan sahaja. Berikut adalah cara pembayaran:
- Langkah 1: Buka laman sesawang rasmi PayHalal
- Langkah 2: Klik butang “Pay Zakat With HalalPay”
- Langkah 3: Lengkapkan butiran yang diperlukan seperti organisasi zakat, jenis zakat, nama, kad pengenalan, alamat kediaman, kadar bayaran & tahun bayaran
- Laman sesawang rasmi : PayHalal
Perbankan Atas Talian
Anda juga membuat pembayaran zakat secara atas talian melalui sejumlah bank terpilih yang berdaftar. Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pengguna yang mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan agen kutipan yang berdaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan Internet. Antara senarai bank yang mengambil bahagian merangkum Bank Islam, Maybank2u, Cimb Islamic Bank Berhad, Bank Muamalat, Agro Bank, RHB Bank, BSN, HSBC, Affin Bank, Bnak Rakyat, OCBC Bank, Public Bank, Hong Leong Islamic Bank dan Standard Chartered. Namun begitu, semakan dengan institusi zakat negeri masing-masing adalah diperlukan bagi ketahui senarai bank yang disokong.
Portal Rasmi Pusat Pungutan Zakat Negeri
Sebagai rujukan bersama, berikut adalah senarai portal rasmi pusat pungutan Zakat negeri di Malaysia. Mungkin terdapat juga di antara pembaca yang lebih selesa untuk membuat pembayaran secara terus menerusi portal rasmi institusi Zakat negeri masing-masing. Senarai penuh adalah seperti di bawah dan anda hanya perlu klik pada negeri yang disenaraikan :
- Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor
- Portal Rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
- Portal Rasmi Zakat Melaka
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
- Portal Rasmi Zakat Pahang
- Portal Rasmi Pembayaran Zakat MAINS
- Portal Rasmi Zakat Pulau Pinang
- Portal Rasmi Zakat Perak-MAIPk
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
- Portal Rasmi Majlis Ugama Islam Sabah – MUIS
- Portal Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak
- Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
- Portal Rasmi Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur