Cari @ Amanz

Rapid KL merupakan salah satu pengangkutan awam popular dan digunakan ramai di Kuala Lumpur. Terkini, mereka mengumumkan Rapid KL akan menggunakan bas elektrik di beberapa laluan terpilih selama tempoh tiga bulan sehingga 13 Jun 2022.

Laluan yang terlibat untuk ujian ini adalah Laluan 400: Damai Perdana ke Hab Lebuh Pudu melalui Bukit Bintang, dan Laluan 650: Taman Desa ke Hab Pasar Seni.

Langkah ujian ini adalah sebahagian daripada pelan transformasi Rapid Bus untuk menggantikan penggunaan bas diesel kepada bas elektrik secara berperingkat menjelang 2030 kelak. 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd