Apabila bercakap mengenai tablet, terdapat pelbagai kebolehan tablet yang tidak ada pada komputer biasa. Paling utama sekali adalah tablet mempunyai paparan skrin yang boleh digunakan sebagai alat lakaran.

Oleh itu tablet kerap menjadi pilihan pelbagai pengguna kreatif dan juga pengguna korporat. Samsung yang melancarkan siri Galaxy Tab S8 turut membawakan pelbagai pembaharuan pada tablet ini, menjadikannya lebih berkebolehan untuk anda.
S Pen Yang Direka Semula Untuk Siri Galaxy Tab S8
Jika anda sudahpun menggunakan telefon pintar siri Galaxy Note dan Galaxy S sebelum ini, anda pastinya arif dan telah mengetahui kebolehan S Pen yang tidak terhad. Khusus untuk tablet siri Galaxy Tab S8, ia telah direka semula bagi memberikan beberapa ciri-ciri khusus untuknya.

Bagi S Pen yang hadir dengan siri Galaxy Tab S8, ia turut menyokong Air Action, iaitu satu kawalan membolehkan anda mengawal pembentangan, selain dari memainkan muzik, mencipta nota serta merakam swafoto.
Malah bagi menjamin prestasi terutamanya mereka yang kerap melakar dan melukis, kadar pendam masa juga ditambah baik pada tablet ini. Galaxy Tab S8 Ultra dan Tab S8+ mempunyai kadar pendam masa 2.8ms, manakala Tab S8 pula pada kadar 6.2ms.
Sokongan Aplikasi Lakaran Professional Yang Sedia Terpasang
Apalah gunanya tablet tanpa perisian yang bagus. Siri Samsung Galaxy Tab S8 turut menyokong dua aplikasi lakaran yang bagus iaitu Clip Studio Paint dan juga PENUP. Kedua-dua aplikasi ini siap terpasang, menyerlahkan komitmen Samsung dalam menyediakan pengalaman lakaran professional untuk pengguna.

Menggunakan aplikasi Clip Studio Paint, anda mempunyai lebih dari 50,000 jenis pen dan berus yang boleh digunakan. Malah ia juga boleh berinteraksi dengan peranti Galaxy yang lain, dimana ia membolehkan telefon pintar tersebut menjadi palet pilihan warna, menjadi panel kawalan tambahan sekaligus memaksimumkan penggunaan siri Galaxy Tablet S8 dengan ruang lakaran yang lebih luas.
Aplikasi PENUP pula hadir berlainan dari yang lain, dimana pengguna boleh melukis mengikut video tutorial lukisan yang disediakan. Malah perkakasan lakarannya juga pelbagai, dimana ia mempunyai banyak berus lukisan dan juga kesan-kesan khas yang boleh diletakkan pada lukisan.

Siri Samsung Galaxy Tab S8 yang berkebolehan dan berprestasi tinggi ini hadir pada tiga variasi, iaitu Tab S8 pada harga RM 3,299, Tab S8+ pada harga RM 4,599 dan Tab S8 Ultra pada harga RM 5,899.

Samsung juga mempunyai promosi khas sehingga 15 Mei 2022 ini dengan menawarkan hadiah bernilai RM 1,887 yang menyertakan papan kekunci dan S Pen, serta bekas Neoprene. Anda boleh mendapatkan tablet ini secara atas talian, atau dengan berkunjung ke kedai rasmi Samsung, serta pengedar sah seluruh Malaysia.