Celcom Home Fibre Di Sabah, Kini Tawar 1Gbps Pada Harga RM229 Sebulan, 200Mbps Pada Harga RM120 Sebulan

Diterbitkan pada Apr 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom meneruskan komitmen mereka di Sabah, dan terus memperluaskan penawaran Celcom Home Fibre. Terbaru, Celcom menjalankan kempen “Pasang Terus”, dimana melaluinya pelanggan Celcom di Sabah boleh menikmati pemasangan internet Celcom Home Fibre pada hari yang sama tanpa perlu membuat janji temu.

Celcom mengatakan Trak Bluecube Celcom akan meninjau kawasan perumahan bagi membolehkan pelanggan mendaftar pelan Celcom Home Fibre, dan menikmati pemasangan pada hari yang sama.

Melalui pelan Celcom Home Fibre, pelanggan di Sabah boleh menikmati kelajuan sehingga 1Gbps pada harga RM229 sebulan. Pelan berkelajuan ini kini ditawarkan di beberapa kawasan terpilih di Sabah.

Disamping itu, pengguna juga kini disediakan dengan pilihan pelan internet 200Mbps pada harga RM120 sebulan.

Celcom mengatakan semua pelan Celcom Home Fibre hadir dengan Router AX percuma, WiFi Mesh percuma, da tawaran rebat bil sehingga 3 bulan dengan pelan terpilih.

Disamping pelan Celcom Home Fibre, pelanggan juga boleh memilih pelan konvergen yang digabungkan dengan pelan pascabayar Celcom Xpax. Pelan konvergen ini menawarkan pelan serendah RM119 sebulan yang mengabungkan Celcom Home Fibre dan juga pelan Xpax Postpaid 60.

Penawaran promosi dan inisiatif “Pasang Terus” ini hanya terhad di Sabah buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami