Carian
Realme Kini Tidak Lagi Menyertakan Pengecas Dalam Kotak – Bermula Narzo 50A Prime
April 6, 2022 Aman

Realme kini turut mengikut jejak langkah Apple dan Samsung, dimana kini mereka tidak lagi menyertakan pengecas dalam kotak pembelian peranti mereka.

Perubahan ini telah dilakukan bermula daripada Realme Narzo 50A Prime yang telah mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia baru-baru ini.

Realme mengatakan perubahan ini adalah selari dengan visi pembangunan lestari oleh Realme, dan menyasarkan pembebasa karbo sifar menjelang 2025 kelak.

Buat masa ini, perubahan telah dilakukan pada siri Narzo, dan mungkin Realme melanjutkannya pada siri-siri lain tidak lama lagi.

Komen