Microsoft Teams Akhirnya Akan Menyokong Mozilla Firefox Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Apr 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi pengguna pelayar web Mozilla Firefox, salah satu kekangan selama ini adalah dimana perkhidmatan Microsoft Teams tidak menyokong pelayar web berkenaan. ini sekaligus memerlukan penggunna pelayar web Firefox memuat-turun aplikasi desktop Microsoft Teams, atau memilih untuk menggunakan pelayar web lain.

Namun, kini perkara berkenaan dijangka berubah. Melalui latar pembangunan Microsoft Teams, pihak Microsoft menyatakan sokongan yang lebih baik untuk pengguna Firefox disasarkan pada April 2022 ini.

Ini termasuk sokongan penuh audio dan perkongsian skrin pada mesyuarat, menggunakan pelayar Firefox.

Dengan langkah ini juga, ia sekaligus akan memudahkan lagi pengguna pelayar web Firefox dalam menggunakan Microsoft Teams.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan sokongan ini oleh Microsoft Teams untuk Firefox.

komen


© Amanz / 2022 Kami