Jack Dorsey percaya dengan masa depan kripto oleh itu syarikat milik beliau Twitter dan Block telah mengintegrasikannya ke dalam produk. Block kini sedang membangunkan pula sebuah dompet kripto fizikal yang rekaannya diperlihatkan di Twitter.
Dompet fizikal ini diberi nama Rockey dengan rekaannya kelihatan seperti batu sungai dan terdapat satu punat di bahagian atas yang mungkin adalah pengimbas cap jari serta port pengecasan USB-C. Rockey boleh digunakan untuk pengesahan identiti yang lebih ketat bagi mengelakkan aset kripto dicuri atau berlaku kesilapan semasa melakukan transaksi.
Boleh dikatakan Rocket adalah seperti kunci sekuriti pengesahan identiti dua faktor Google Titan tetapi khusus untuk pengurusan kripto.