Honor Magic4 Lite Dilancarkan Dengan Skrin 120Hz, Snapdragon 695

Diterbitkan pada Apr 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Honor Magic4 telah diumumkan secara rasmi di MWC Barcelona sekitar bulan Februari lalu. Ketika itu, ia terdiri dengan dua model berbeza iaitu Honor Magic4 dan Honor Magic4 Pro. Tidak lama kemudian, Honor Magic4 Ultimate pula dilancarkan dengan sistem kamera yang dipertingkatkan, sekaligus menduduki tangga teratas dalam carta DxOMark sehingga ke hari ini.

Nampaknya siri berkenaan tidak terhenti di situ sahaja apabila kini giliran Honor Magic4 Lite pula diperkenalkan. Melihat pada penawarannya, ia hanyalah sebuah Honor X30 dan Honor X9 5G yang dijenamakan semula. Tiada perubahan rekaan serta spesifikasi yang dilakukan padanya.

Melaluinya, Honor Magic4 Lite dilengkapi skrin sebesar 6.81-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 695, memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Sistem tri-kamera utama terdiri dengan 48MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, menyokong Google Play Services (GMS) dan sebagainya. Sekatat artikel ditulis, peranti dilihat hanya tersenarai tanpa sebarang perkongsian mengenai harga jualan rasmi.

Sumber : GSMArena

komen


© Amanz / 2022 Kami