Cari @ Amanz

Hotel Shangri-La Pula Menawarkan Ciri Beli Dulu Bayar Kemudian Di Malaysia

Link Copied!

Ciri beli dulu bayar kemudian mula dilihat tahun lalu di Malaysia menerusi platform edagang seperti Grab dan Shopee. Ia mendapat sambutan yang tinggi dari orang ramai yang mahu membeli produk yang didambakan sekarang dan hanya memikirkan pembayaran di lain hari. Kini ciri beli dulu bayar kemudian ditawarkan pula oleh rangkaian hotel Shangri-La Hotels and Resorts.

Untuk menawarkan ciri ini kepada pelanggan, Shangri-La bekerjasama dengan Pace Enterprise. Pelanggan boleh menggunakan ciri ini untuk tinggal di hotel, pembayaran restoran dan juga perkhidmatan kesihatan seperti spa. Pembayaran boleh dilakukan secara beransur-ansur selama tiga bulan tanpa faedah menggunakan aplikasi Pace. Ciri beli dulu bayar kemudian boleh digunakan di hotel-hotel di bawah sekarang.

  1. JEN Johor Puteri Harbour by Shangri-La
  2. Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu
  3. Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu
  4. Shangri-La Kuala Lumpur
  5. Traders Hotel, Kuala Lumpur
  6. JEN Penang Georgetown by Shangri-La
  7. Shangri-La Golden Sands, Penang
  8. Shangri-La Rasa Sayang, Penang

Komen ()