Cari @ Amanz

Moto G Stylus 5G (2022) Mungkin Dilengkapi Snapdragon 695, Kamera 50MP

Link Copied!

Seperti tahun sebelumnya, kali ini turut terdapatnya dua model berbeza untuk peranti dengan sokongan stylus terbina daripada Motorola. Moto G Stylus (2022) yang diumumkan baru-baru ini dilengkapi sokongan 4G terbina menerusi janaan MediaTek Helio G88. Terbaharu, terdapat maklumat baru mengenai kewujudan variasi 5G pula menerusi perkongsian oleh Evleaks dan 91Mobiles.

Ia menunjukkan peranti hadir dengan binaan tubuh yang sama seumpama model terdahulu. Di mana, sistem tri-kamera digunakan pada panel belakang, di samping panel hadapan pula sejenis berlubang untuk peletakan kamera swafoto tunggal. Terdapat dua pilihan warna yang mungkin tersedia seperti Black dan Seafoam Green.

Untuk spesifikasi, peranti dikhabarkan dilengkapi cip Snapdragon 695 dengan padanan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Skrin pula sebesar 6.78-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Kamera utama terdiri dengan 50MP + 8MP + 2MP, sementara bateri pula sebesar 5000mAh. Tiada sebarang tarikh pelancaran yang dikongsi buat masa ini.

Sumber : EvLeaks

Komen ()