Dengan pelbagai syarikat menyertai arena NFT, kini pihak Starbucks turut tidak ketinggalan, dan menyatakan akan menyertai arena perniagaan NFT pada tahun 2022 ini.
Buat masa ini, Starbucks masih belum berkongsi berkenaan penawaran penuh NFT mereka, dan bagaimana ia akan berfungsi dikalangan pembeli dan peminat mereka.
Untuk makluman, pihak Starbucks sedia mempunyai kad keahlian dan ganjaran tersendiri yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Ia akan agak menarik untuk melihat bagaimana Starbucks mengimplementasi integrasi NFT pada sistem mereka dan penawaran berbeza yang akan ditawarkan untuk para pelanggan.