Ramadan kini menjelma lagi, tetapi suasananya amat berbeza sekali berbanding dua tahun sebelumnya selepas masuknya fasa peralihan ke endemik. Namun dalam kegembiraan, kita seharusnya tidak boleh melupakan perkara wajib yang perlu ditunaikan iaitu membayar zakat Fitrah.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, proses pembayaran zakat kini menjadi lebih mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Salah satu platform yang boleh digunakan adalah Touch n’ Go eWallet. Melaluinya, Touch n’ Go berkerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor bagi menjayakan kempen ini.
Kemudian, mana-mana pembayaran bernilai minimum RM10 dan ke atas yang dibuat dalam satu transaksi layak menerima pulangan tunai sebanyak RM2. Pulangan tunai ini akan dikreditkan semula ke dalam akaun Touch n’ Go dengan serta-merta selepas transaksi berjaya. Namun begitu, setiap pengguna hanya boleh mendapatkan nilai kredit sekali sahaja sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.
Klik pautan di bawah untuk membuat pembayaran menerusi Touch n’ Go.
- Maklumat lanjut : Touch n’ Go