Acara IFA Berlin akan kembali semula secara fizikal dan skala penuh pada 2-6 September hadapan. Tahun ini acara akan kembali seperti zaman pra-pandemik dengan peserta tidak perlu menunjukkan bukti vaksinasi, ujian atau bukti kesihatan kerana mengikuti garis panduan terkini Berlin sejak 1 April.
Tahun lalu acara terpaksa dibatalkan kerana penularan varian Delta membuatkan acara tidak dapat dilangsungkan dengan selamat. Eropah sudah memasuki fasa endemik dengan pelbagai sekatan terdahulu seperti keperluan memakai pelitup muka dan bukti vaksinasi tidak lagi diperlukan. IFA ialah acara elektronik terbesar di Eropah dan menjadi pentas pelbagai produk terkini dilancarkan untuk separuh tahun kedua.