Cari @ Amanz

Kereta elektrik (EV) adalah lebih mesra alam kerana tidak mengeluarkan gas rumah hijau ketika digunakan. Beberapa negara maju sudah mempunyai sasaran mengharamkan penjualan kereta bahan api fosil (ICE) pada dekad akan datang. Namun di negara seperti Malaysia, penggunaan EV masih rendah kerana harga jualannya yang terlalu mahal.

Honda dan General Motors mengumumkan kerjasama untuk membangunkan EV yang dijual pada harga bawah $30,000 yang lebih murah berbanding model Tesla yang paling murah. EV yang dibangunkan bersama ini akan menggunakan teknologi bateri Ultium yang terkini. Kedua-dua syarikat juga akan berkongsi teknologi, rekaan dan strategi pengeluaran bagi memastikan EV mampu milik boleh ditawarkan ke peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd