Bersempena bulan puasa dan Hari Raya ini, Acer Malaysia telah memperkenalkan promosi Sinar Raya Bersama Acer yang mana mereka dilihat menawarkan rebat kredit Touch’n’Go e-wallet dengan pembelian produk-produk Acer yang terpilih.
Ini termasuklah komputer-komputer riba prodoktiviti, gaming, lasak, komputer desktop, paparan skrin dan juga produk-produk AcerPure yang ditawarkan di pasaran Malaysia hari ini. Ini termasuklah model-model seperti komputer riba Acer Swift, Acer Nitro, Predator Helios 300, komputer Predator Orion dan sebagainya.

Promosi Sinar Raya Bersama Acer ini bermula dari 1 April yang lalu sehingga 30 April ini, dan setiap pembelian produk-produk yang layak akan menerima rebat kredit 10 peratus daripada harga produk yang dibeli melalui dompet digital Touch’n’Go.
Daripada apa yang kami lihat, komputer riba seperti Predator Helios 300 memberi pengguna rebat kredit sehingga RM300 terus kepada pengguna.
Acer Malaysia turut menyenaraikan semua produk-produk yang layak dan juga jumlah rebat yang akan diterima melalui laman web mereka, dan pembelian daripada kedai penjual rasmi Acer ataupun pembelian daripada kedai atas-talian Acer Malaysia layak untuk menyertai promosi ini.
Untuk menebus kredit Touch’n’Go tersebut, pengguna hanya perlu ke laman web ini untuk memuat-naik butiran peribadi dan juga bukti pembelian.