Cari @ Amanz

Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile kini membuat pengumuman rasmi, menyatakan mereka masih pada peringkat perbincangan dan belum bersetuju dengan RAO (Reference Access Offer) yang telah diterbitkan oleh DNB.

Perbincangan masih dilakukan, dan syarikat telekomunikasi juga dalam perbincangan bersama SKMM untuk mendapatkan sejumlah penjelasan penuh berkaitan dengan beberapa perkara yang diterbitkan.

Syarikat telekomunikasi turut menyatakan yang mana majoriti perkara yang telah diungkitkan ketika perbincangan bersama SKMM dan DNB sebelum ini tidak diperbaiki atau dibetulkan pada dokumen terbitan baharu ini.

DNB Digital Nasional

Syarikat telekomunikasi turut mengatakan RAO yang diterbitkan baru ini tidak akan membolehkan penawaran rangkaian 5G yang mampu-milik dan berkualiti kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia, selain mengekang pengenalan perkhidmatan 5G.

Apa pun, syarikat telekomunikasi menyatakan mereka komited dalam meneruskan perbincangan bersama SKMM dan industri berkenaan dengan RAO, dan melihat untuk mempercepatkan pengenalan 5G di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd