Cari @ Amanz

Realme 9 4G Dilancarkan Dengan Kamera 108MP, Snapdragon 680

Link Copied!

Barisan peranti Realme 9 dikemaskini dengan penawaran baharu lagi. Melaluinya, Realme 9 4G diperkenalkan dengan sejumlah perbezaan berbanding model sedia ada. Seperti namanya, ia merupakan sebuah peran 4G dengan janaan cip Snapdragon 680, di samping sistem kamera dengan sensor Samsung HM6 sebesar 108-megapixel.

Untuk spesifikasi penuh, Realme 9 4G dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.4-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W Dart Charge.

Sistem tri-kamera utama di belakang terdiri dengan sensor 108MP (Samsung HM6 Sensor) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro). Sementarai itu, kamera hadapan adalah sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, menjalankan Realme UI 3.0 berasaskan Android 12, bicu audio 3.5mm dan sebagainya.


Komen ()