Carian
Facebook Dijangka Memperkenalkan Ciri Perkongsian NFT Seawal Mei
April 7, 2022 Aman

Facebook sedia diperkatakan akan memperkenalkan ciri penerbitan NFT pada platform berkenaan. Lanjutan daripadanya, kini laporan FT hadir mengatakan Facebook bakal memperkenalkan ciri perkongsia NFT seawal pertengahan Mei ini.

Melaluinya, pada peringkat awal ia akan membolehkan penerbitan dan perkongsian NFT di Facebook. Selepas itu, Facebook dijangka akan memperkenalkan ciri Facebook Groups khusus untuk pemilik sesuatu NFT.

Disamping pada Facebook, integrasi lebih kurang sama juga dijangka hadir ke Instagram dalam masa terdekat.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalan ciri ini pada Facebook tidak lama lagi.

Komen