Saintis Menemui Galaksi Paling Jauh Pada Jarak 13.5 Bilion Tahun Cahaya

Diterbitkan pada Apr 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Para pengkaji dan saintis angkasa sering melakukan kajian berkaitan bintang, planet dan galaksi-galaksi lain. Terbaru, mereka telah menemui galaksi pada jarak paling jauh setakat ini, iaitu dianggarkan pada jarak 13.5 bilion tahun cahaya.

Galaksi ini dikenali dengan nama HD1 buat masa ini. Buat masa ini, dua spekulasi dilakukan, iaitu HD1 mungkin dimana pelbagai bintang terhasil – termasuk bintang yang pertama dan tertua di dunia ini.

Spekulasi kedua yang dikatakan adalah ia mungkin mengandungi lohong hiitam dengan ketumpatan 100 juta kali ganda berbanding matahari. HD1 ini juga dikatakan amat terang dibawah cahaya ultraungu yang menandakan ia menghasilkan banyak tenaga dan pemprosesan.

HD1 ini ditemui selepas pemantauan selama 1200 jam menggunakan Teleskop Subaru, Vista Telescope, UK Infrared Telescope dan juga Spitzer Space Telescope.

Kita mungkin melihat kajian lanjut berkenaan dengan penemuan ini, dan perkongsian lanjut dalam tahun-tahun akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami