Cari @ Amanz

Siri Honor Play memberi tumpuan terhadap prestasi permainan, di samping penawaran harga jualan yang berpatutan. Melaluinya, Honor kini hadir dengan beberapa penawaran baharu menerusi pengenalan Honor Play 6T Pro dan Honor Play 6T. Kedua-duanya hadir dengan janaan cip keluaran MediaTek dan kapasiti bateri yang besar.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Honor Play 6T Pro dilengkapi skrin sebesar 6.7-inci LCD beresolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 810, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri oula adalah sebesar 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W. Sistem kamera utama terdiri dengan 48MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan MagicUI 5.0 berasaskan Android 10, port pengecasan USB-C dan sebagainya.

Honor Play 6T turut menggunakan saiz skrin yang sama seperti versi pro tetapi menyokong resolusi terhad HD+. Cip pemprosesan pula adalah MediaTek Dimensity 700 dengan padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan dengan kuasa output 10W. Sistem kamera utama terdiri dengan 13MP + 2MP + 2MP, manakala kamera hadapan pula sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menyokong rangkaian 5G terbina, port sambungan USB-C dan sebagainya.

Untuk harga, Honor Play 6T Pro dijual pada RMB1399 (~RM929) dan RMB1599 (~RM1061). Sementara itu, Honor Play 6T pula berharga RMB1199 (~RM796). Buat masa ini, ketersediaan adalah untuk pasaran China sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd