Carian
PUBG Mobile Dan Honor of Kings Ialah Permua Paling Menguntungkan Dengan Pendapatan RM5.8 Bilion Pada Q1 2022
April 8, 2022 Effi Saharudin

Permua ialah masa depan industri permainan video. Lebih banyak wang dibelanjakan oleh pemain dan jumlah pemain juga lebih tinggi berbanding di konsol atau PC. Majoriti permua juga adalah percuma dengan pemain membeli kelengkapan untuk membuatkan watak kelihatan lebih menarik. Menurut laporan SCMP yang mengambil data dari Sensor Tower, dua permua paling menguntungkan pada suku pertama 2020 ialah Honor of Kings dan PUBG Mobile.

Honor of Kings yang dilancarkan sebagai Arena of Valor pada pasaran luar China menjana pendapatan $735.4 juta (~RM3.1 bilion) manakala PUBG Mobile pula menjana $643 juta (~RM2.7 bilion) untuk Tencent. Genshin Impact pula di tangga ketiga keran menjana $551 juta (~RM2.3 bilion) pada suku lalu.

Pendapatan yang dijana adalah amat tinggi tetapi jumlah pembelian dari pemain menyusut 7.1% berbanding suku pertama 2021. Honor of King misalnya mengalami penyusutan pendapatan 1% berbanding Q1 2022 dan PUBG Mobile lebih terkesan kerana penyusutan 9%.

Dari data yang dikongsi jelas permua menjana lebih banyak pendapatan berbanding platform lain dengan kos pembangunan yang jauh lebih rendah. Tidaklah mengejutkan kenapa permainan video seperti Call of Duty, Rainbow Six dan Apex Legend kini tiba ke peranti mudah alih.

Komen