Cari @ Amanz

Dongel Realme Smart TV Stick Dilancarkan Dengan Android TV 11 Dan Penstriman 1080p

Link Copied!

Tahun lepas, Realme mula memperkenalkan dongel Android TV mereka Realme 4K Smart Google TV Stick. Apa yang menarik adalah, ia terus menjadi dongel Google TV pertama selepas Chromecast with Google TV. Dongel ini menggunakan sistem operasi terkini, menyokong penstriman 4K, dan menawarkan banyak ciri menarik untuk pengguna berhibur pada harga tidak sampai RM300 pun.

Terkini, Realme telah hadir dengan model baharu – iaitu Realme Smart TV Stick. Dongel ini adalah versi asas, kerana hanya menyokong penstriman 1080p FHD. Paling mengecewakan adalah, ia tidak menjalankan Google TV, tetapi hanya Android TV 11. Kemudian berbanding model 4K yang menggunakan sambungan HDMI 2.0, model ini hanya HDMI 1.4.

Paparan HDR10+ masih boleh dilakukan, walaupun memori hanya 1GB RAM. Cip pemprosesan adalah cip empat-teras ARM Cortex-A35. Sama dengan model 4K, dongel ini masih menggunakan sambungan mikroUSB untuk kuasa dan kekal dengan Bluetooth 5.0.

Realme Smart TV Stick ini dijual pada harga ₹2,999 iaitu sekitar RM167.


Komen ()