Kiub Rubik telah dicipta oleh Erno Rubik pada tahun 1974 tetapi ia menjadi fenomena pada dekad 80an. Ia adalah permainan wajib dibeli pada waktu tersebut dan jualannya masih tinggi sehingga sekarang untuk mereka yang ingin menguji kecerdasan otak. Rekod dunia waktu paling cepat menyelesaikan Kiub Rubik ialah 3.47 saat! Tetapi pemegang rekod dunia Yusheng Du mungkin tidak dapat menyelesaikan Kiub Rubik di bawah.
Rubik Cube Impossible ini dikeluarkan oleh MegaHouse di Jepun. Ia masih lagi menggunakan konfigurasi 3X3 asli setiap muka kiub akan berubah warna mengikut orientasi ia dipegang. Ini menyebabkan ia hampir mustahil untuk diselesaikan kerana mempunyai 43,252,003,274,489,856,000 kombinasi warna. Ya lebih daripada 43 quintilion warna semuanya.

Di Jepun dua jaguh Kiub Rubik dicabar menyelesaikan Rubik Cube Impossible. Seorang mengalah sebelum selesai tetapi seorang lagi mengambil masa lebih 3 jam. Jika anda merasakan Kiub Rubik asal tidak begitu mencabar, sila beli Rubik Cube Impossible di Jepun pada harga 3,080 Yen (~RM105).