Cari @ Amanz

Butiran Sennheiser Momentum True Wireless 3 Tertiris Melalui Syarikat Penerbangan Lufthansa

Oleh Nazrin

Link Copied!

Sennheiser Momentum True Wireless merupakan siri fon telinga TWS premium keluaran Sennheiser yang cukup terkenal untuk rekaannya yang padat dan juga premium, dan sebelum ini, terdapat dua iterasi fon telinga tersebut yang diperkenalkan.

Terkini, syarikat penerbangan Jerman Lufthansa dilihat telah meniriskan rekaan dan kebanyakan butiran mengenai fon telinga Sennheiser Momentum True Wireless 3 melalui laman web penjualan barangan mereka.

Momentum True Wireless 3 dilihat hadir dengan rekaan yang tidak begitu berbeza berbanding dengan Mometum True Wireless 2, cuma kini ia hadir dengan pilihan warna baru; graphite disamping warna hitam dan juga putih.

Fon telinga ini dikatakann hadir dengan jangka hayat bateri sekitar 7 jam, ataupun 28 jam apabila digabungkan dengan rangka pengecasan. Dari kosong, fon telinga ini hanya memerlukan sekitar 90 minit untuk dicas hingga penuh, dan kini hadir dengan ciri pengecasan nirwayar Qi dan piawaian kalis air IP4X.

Seperti biasa, Momentum True Wireless 3 ini hadir dengan sokongan untuk codec audio seperti  SBC, AAC, aptX dan aptX Adaptive. Ia juga dilihat hadir dengan sokongan untuk sambungan nirwayar Bluetooth 5.2, tetapi ia tidak diketahui jika Bluetooth LE turut disokong ataupun tidak.

Malah, laman web Lufthansa memperlihatkan tanda harga jualan fon telinga ini pada harga €249 ataupun sekitar RM1150. Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah Sennheiser sepatutnya mengumumkan dan melancarkan fon telinga ini secara rasmi.


Komen ()