Carian
E Ink Memperkenalkan Kaleido 3 – Teknologi Paparan eInk Berwarna Terbaru Mereka
April 8, 2022 Nazrin

E Ink, syarikat disebalik paparan eInk baru-baru ini telah memperkenalkan paparan eInk generasi terbaru mereka yang dinamakan Kaleido 3 untuk menggantikan paparan sebelum ini, Kaleido Plus.

Kaleido 3 dilihat hadir dengan penawaran warna 4-bit (4096 warna) dan 16 tahap skala kelabu (grayscale) yang memperlihatkan saturasi warna 30 peratus lebih tinggi berbanding model sebelum ini, tetapi masih mengekalkan jangkahayat bateri peranti yang tinggi.

Panel Kaleido 3 ini juga dilihat hadir dengan satu fungsi baru yang dinamakan E Ink ComfortGaze, iaitu teknologi penjagaan mata yang mengurangkan pantulan cahaya biru ke mata pengguna apabila mereka menggunakan tablet dengan paparan Kaleido 3 ini.

Ia dilihat membantu dalam mengurangkan sakit mata apabila menggunakan tablet-tablet dengan panel E Ink baru ini untuk jangkamasa yang lama, khususnya mereka yang gemar membaca buku digital untuk berjam-jam lamanya.

Panel Kaleido 3 ini juga hadir dalam pelbagai saiz termasuklah 7.8 inci, 10.3 inci dan 13.3 inci dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis industri, termasuklah pengguna, pendidikan dan sebagainya.

Komen