Bercakap mengenai siri Realme Q, ia secara umumnya memberi tumpuan terhadap peranti mesra poket. Setakat ini, terdapat beberapa model berbeza yang telah diperkenalkan, namun penawarannya hanya terhad untuk pasaran China sahaja.
Menurut desas-desus baharu, siri berkenaan bakal dikemaskini dengan model baharu tidak lama lagi. Peranti kelak akan dikenali sebagai Realme Q5 dan kehadirannya telah mula diperkatakan dalam beberapa laporan terkini.
Peranti kelak dikhabarkan hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan menerusi cip Snapdragon 870. Di samping itu, ia turut menggunakan bateri sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas berkuasa output 80W. Melaluinya, peranti dikatakan mampu dicas penuh dalam hanya 30 minit.
Dalam pada itu, spekulasi awal turut mengatakan peranti akan menggunakan skrin sebesar 6.62-inci AMOLED beresolusi FHD+. Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 64MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto adalah 16MP. Ia juga bakal tersedia dalam beberapa varian memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.
Buat masa ini, maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura dan pihak Realme juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.
- Sumber : SparrowNews