Cari @ Amanz

Sebuah pusat data di Hokkaido, Jepun yang dikendalikan oleh White Data Center baru-baru ini dilihat telah mula menternak ikan belut di lokasi tersebut sebagai satu cara untuk menambahkan pendapatan mereka, disamping memanfaatkan air yang digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin pelayan di pusat data tersebut.

Pusat data ini juga menggunakan satu teknik yang agak menarik untuk menyejukkan pusat data mereka; iaitu dengan menggunakan salji lebih yang dilihat sentiasa bertimbun di kawasan-kawasan Hokkaido. Penggunaan salji ini dilihat sebagai satu langkah pusat data ini untuk mengurangkan jejak karbon, disamping mengurangkan kos penyejukan.

Apa yang menarik disini ialah salji tersebut akan cair dan dipanaskan sepanjang ia menyejukkan mesin-mesin pelayan ini, dan suhu air tersebut ditetapkan pada 33 darjah Celcius, dimana ia juga adalah suhu air kegemaran ikan-ikan belut ini.

White Data Center dilaporkan telah membawa masuk 1700 anak ikan belut yang akan diternak didalam tangki air penyejuk ini, dimana ia akan dijual pada penghujung tahun fiskal pertama pusat data tersebut.

Ia dijangka pada masa itu, pusat data ini akan dipopulasi sepenuhnya dengan mesin-mesin pelayan yang akan digunakan untuk pelbagai jenis tujuan.

White Data dilihat mahu menternak dan menanam pelbagai jenis hidupan lain seperti abalon, landak laut, wasabi dan tomato ceri sebelum memilih ikan belut. Ikan tersebut dilaporkan telah dibawa masuk sejak November tahun lalu, dan dijangka akan menjual sebanyak 300 ribu ekor ikan belut menjelang 2023.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd