Cari @ Amanz

Poster Rasmi Realme 9 Pro+ Edisi Free Fire Diperlihatkan – Pelancaran Pada 12 April

Link Copied!

Selepas sekian lama menjadi tanda tanya akhirnya tarikh pelancaran untuk Realme 9 Pro+ Edisi Free Fire kini dikongsi. Ia bakal diperkenalkan di Thailand pada 12 April 2022. Dalam pada itu, rekaannya turut diperlihatkan dengan lebih jelas menerusi beberapa poster rasmi.

Melaluinya, ia menunjukkan reka bentuk yang lebih kurang sama dengan lakaran yang pernah tular sebelum ini. Namun, tiada perubahan yang dibuat untuk modul kamera utama . Sebaliknya, ia didapati masih mengekalkan rekaan seumpama model sedia ada. Peranti juga menampilkan gabungan kemasan bewarna biru berkilau bersama sedikit pantulan cahaya pelangi.

Kemudian, terdapatnya penjenamaan Realme yang diletakkan pada bahagian tengah panel belakang. Turut diikuti oleh logo FreeFire pula pada bahagian bawah. Tidak ketinggalan, terdapat juga perkataan ‘Booyah’ bersebelahan dengan modul kamera. Di mana, ia merupakan istilah yang sering digunakan dalam permainan berkenaan bagi melambangkan tanda kemenangan.

Tiada butiran mengenai spesifikasi yang dikongsi. Namun, ia dijangka akan masih mengekalkan spesifikasi dalaman yang sama seperti versi sedia ada. Cumanya, beberapa ciri dan tema tersesuai akan diberikan bagi menjadikannya menarik seumpama Realme GT Neo2 Edisi Dragon Ball Z sebelum ini.


Komen ()